SAMBUTAN HARI KELANTANKU BERSIH SEMPENA 3 DEKAD PENTADBIRAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
- Super User
- ARKIB BERITA
Khamis 19 Nov 2020 | Dataran warisan Stadium Sultan Muhammad IV
SAMBUTAN HARI KELANTANKU BERSIH SEMPENA 3 DEKAD PENTADBIRAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.
Sambutan Hari Kelantanku Bersih & Majlis Penyerahan Lori Kompaktor Kepada Pihak Berkuasa Tempatan Negeri kelantan bertempat Di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhmaad Ke IV.
Majlis Disempurnakan Oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Bin Yakob.Setiap dari kita adalah ejen kebersihan. Aktiviti libat urus bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), GLC, NGO dan masyarakat perlu terus dipergiat dan diperhebatkan. Untuk tahun 2020, pihak kerajaan negeri telah memperuntukkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Kelantan hampir RM 15.6 juta bagi perbelanjaan di bawah program kebersihan dan kecerian.
Berikut adalah senarai Pertandingan Kebersihan yang di menangi oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam. Johan Kategori Tandas Awam PBT Terbersih iaitu Tandas Ceria Bazar Buluh Kubu. Johan Kategori Tandas Awam Terbersih iaitu Tandas Cafe Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Naib Johan Kategori Taman Perumahan Bersih iaitu Taman Guru. Johan Kategori Pasar Awam Terbersih adalah Pasar Tok Guru Cabang 3 Pengkalan Chepa.
Tahniah dan terima kasih YAB Menteri Besar, YDP seluruh PBT dan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dalam memastikan Kempen Kelantanku Bersih yang dilancarkan sejak April 2019 berjalan dengan baik dan teratur. Terima kasih.