Accessibility Tools

Skip to main content

YM YDP MPKB-BRI menyampaikan sumbangan wang One-Off dari Tabung Amal Dan Kebajikan MPKB-BRI

YM Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf, Yang Dipertua MPKB-BRI bersama Ahli Majlis MPKB-BRI En Ruzely Abdullah , En Hasbi Hussain dan Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI En Mohd Fauzi Ab Rahim serta Penghulu Kedai Buluh melawat mangsa kebakaran rumah di Kg Tok Panjang, Kedai Buluh.
Pada 01/12/2020, pukul 11.00. Rumah yang didiami oleh En Mohd Husin Bin Yaacob itu hangus dijilat api dan menyebabkan En Husin tinggal sehelai sepinggan.
Pada lawatan tersebut, YM YDP MPKB-BRI menyampai sumbangan wang One-Off dari Tabung Amal Dan Kebajikan MPKB-BRI kepada mangsa dan juga sumbangan barangan dapur untuk keperluan harian.
Majlis mendoakan mangsa tabah menghadapi ujian dari Allah S.W.T
.............................................................................
Untuk menyumbang ke dalam Tabung Amal dan Kebajikan MPKBBRI, bolehlah disalurkan ke dalam akaun :
Bank Muamalat Malaysia Berhad : 03010000179715
SETIAP SUMBANGAN AKAN DIBERIKAN RESIT PENGECUALIAN CUKAI LHDN
Atau boleh hubungi pegawai penyelia tabung iaitu En Mohamad Sazwan Mohd Sakri, Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat di talian 014-5062160
 
1
 
2
 
4
  • Hits: 709