Accessibility Tools

Skip to main content

Program Gotong - Royong Perdana Kelantanku Bersih telah diadakan di Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh

Sempena Pengambil Alihan Pengurusan & Operasi Keseluruhan Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh oleh Pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB - BRI), Program Gotong - Royong Perdana  Kelantanku Bersih telah diadakan di Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh pada  29 Mac 2021 hari ini. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, YABrs. Y.M Tuan Zainal Abidin Bin Tuan Yusuf.
Penyertaan dari Ahli Majlis, pegawai-pegawai dan kakitangan MPKB-BRI serta beberapa agensi luar seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Angkatan Tentera Darat Malaysia, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, BUJ Technology Enterprise Sdn. Bhd, Alam Flora Sdn Bhd, dan Semar Emas Enterprise Sdn Bhd telah memeriahkan lagi program ini.

Gr1

Gr2

Gr7

Gr11

Link Ke FB MPKB-BRI

 

  • Hits: 788