Direktori / Pautan / Peta Laman / Daftar
Operasi pemantauan Kebersihan Penyediaan / Penjualan Makanan dan Kebersihan
- Super User
- ARKIB BERITA
Bermula 18/04/2021 Bahagian Kesihatan Awam, MPKB-BRI telah mengadakan Operasi pemantauan Kebersihan Penyediaan / Penjualan Makanan dan Kebersihan diri pengendali makanan di gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman di tepi² jalan sepanjang bulan ramadan untuk memastikan makanan yang dijual adalah bersih dan selamat dimakan. Sehingga 22/04/2021 sebanyak 123 gerai yang telah diperiksa dan diberikan pendidikan kesihatan.
DIINGATKAN : Jaga Kebersihan, Keselamatan, dan tahap kesihatan anda sebelum dan semasa memulakan perniagaan...Pengendali makanan DIWAJIBKAN mempunyai Kad Pengendali Makanan yang sah jika tidak boleh disabitkan kesalahan dibawah Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan MPKB 1986.
PATUHI SOP :
1. Penjarakan 1 meter
2. Peniaga dan pengunjung memakai penutup muka (mask)
3. Sediakan Hand Sanitizer
4. Peniaga diwajibkan menyediakan kemudahan QR cod Mysejahtera dan penyediakan buku pendaftaran kehadiran pelangan