Direktori / Pautan / Peta Laman / Daftar
MPKB-BRI TERIMA PENGIKTIRAFAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KESIHATAN PERSEKITARAN SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2021
- Super User
- ARKIB BERITA
12 November 2021, Putrajaya - Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Pasar Awam Terbersih manakala Kempen Pembasmian Denggi Di Kg Wakaf Stan memenangi Naib Johan bagi Kategori Kempen Membasmi Denggi sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 2021.
Majlis Anugerah yang berlangsung di Dewan Kristal, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia itu di rasmikan oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia.
Hadir bagi menerima anugerah bagi pihak MPKB-BRI ialah YM Tuan Zainal Abidin Bin Tuan Yusuf, Yang Dipertua MPKB-BRI.
Sebanyak 105 PBT seluruh Malaysia turut menyertai pertandingan ini dalam 4 kategori yang dipertandingkan dan MPKB-BRI telah mengondol 2 kategori untuk Johan dan Naib Johan. Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang hebat dan sekaligus membuktikan kempen Kelantan Ku Bersih yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri mula menampakkan hasil.
YDP MPKB turut mengucapkan terima kasih kepada semua warga kerja MPKB-BRI, operator kebersihan, para peniaga, warga Kota Bharu serta pelancong yang mengunjungi Pasar tersebut yang bersama-sama menjaga kebersihan pasar.