Accessibility Tools

Skip to main content

Tindakan Lebih Tegas Diambil Kepada Peniaga Pasar Besar Siti Khadijah Setelah Dinobatkan Johan Kempen Pasar Awam Terbersih Peringkat Malaysia 2021

Bahagian Kesihatan Awan, MPKB-BRI menjalankan pemeriksaan serta penggredan gerai makanan dan Penarafan Bintang Tandas Awam di Pasar Besar Siti Khadijah sepanjang minggu ini.

Selain itu juga, notis teguran dibuat kepada peniaga zon sayur dan zon makanan kering seperti bahagian runcit, keropok, dan serunding untuk memastikan tiada bahan mentah atau makanan diletakkan terus di atas lantai dan menutup makanan semasa dipamerkan seperti serunding. Tindakan penguatkuasaan akan diambil dan mengeluarkan kompaun serta denda RM500 mana-mana gerai yang tidak mematuhi peraturan.

Objektif operasi ini dilaksanakan untuk memastikan Pasar Besar Siti Khadijah sentiasa dalam keadaan bersih selaras dengan ZON BERSIH sempena Kempen Kelantanku Bersih.

Pasar2
 
Pasar3
 
Pasar4
  • Hits: 730