msen
  Soalan Lazim2 C Line2 Hubungi Kami2 C Line2 Aduan2 C Line2 Petalaman2 C  

Arkib Berita

Tengku Zafrul Mengadakan Lawatan Kerja Rasmi Ke Kota Bharu, Kelantan

Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
Hari ini saya memulakan lawatan kerja rasmi ke Kota Bharu, Kelantan. Kalau dah ke sini, tak sah lah kalau tak berkunjung ke Pasar Siti Khadijah. Sinonim dengan namanya, majoriti peniaganya adalah kaum wanita yang menjunjung pegangan bahawa 9/10 daripada rezeki adalah dari perniagaan. ⠀
Wanita adalah kunci kekuatan sosio-ekonomi Malaysia. Oleh itu di bawah #Bajet2022, MoF menyediakan pelbagai peruntukan untuk usahawan wanita.
RM230 juta diperuntukkan untuk pembiayaan usahawan wanita menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN), Agrobank serta menerusi Program DANANITA di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan TEKUNITA melalui TEKUN Nasional. ⠀
Kerajaan juga menyediakan RM5 juta kepada Yayasan Kepimpinan Wanita bagi merancakkan penyertaan wanita dalam sektor ekonomi, termasuk latihan kepimpinan muda dan program keusahawanan ⠀
Kerajaan juga akan melaksanakan Program MyKasih Kapital untuk menggalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah. Program ini merangkumi penyediaan bantuan asas modal perniagaan, bimbingan dan latihan bagi menggalakkan perniagaan secara dalam talian, melibatkan 5,000 peserta termasuk 2,000 ibu tunggal. ⠀
Saya percaya tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia.

Saya juga berkesempatan melawat Kg Cina, Kota Bharu untuk beramah mesra dengan penduduknya serta menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Dengan Tahun Baru Cina kian menjelang, diharapkan sumbangan ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Kg Cina ini merupakan penempatan Cina terawal di Kota Bharu. Penghuni asal adalah rakyat negara Cina yang berhijrah ketika zaman pemerintahan Long Yunus antara tahun 1782 hingga 1795.

Sejarah kaum Cina di Malaysia sememangnya penuh warna-warni dan keunikan. Kepelbagaian bangsa dan budaya inilah yang menjadi kekuatan kepada Keluarga Malaysia.
Saya berdoa semoga keharmonian ini terus berkekalan, InsyaAllah.

Zafrul2


Zafrul3

Zafrul4
Zafrul5
teksmpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: pentadbiran@mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcode Mpkbbri

Kaunter Pelawat

4.png2.png4.png8.png1.png
Today21
Yesterday28
This week162
This month320
Total42481

2024-10-12
Hak Cipta Terpelihara © 2016 - 2022 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Kemaskini Terakhir : Rabu, 09 Oktober 2024, 08:04:10.

Search