BENCANA BANJIR KILAT
- Super User
- ARKIB BERITA
15/02/2022 ( Selasa )
BENCANA BANJIR KILAT
Sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa dilanda banjir kilat. Terdapat beberapa buah rumah telah dimasuki air disebabkan limpahan air hujan yang lebat dan berterusan. Keadaan ini telah menyebabkan sistem perparitan tidak dapat mengalir dengan sempurna.
Skuad Bersih Indah, Jabatan Perkhidmatan Bandar
telah membuat pemantauan dan tindakan ke atas masalah tersebut dan didapati tanah, pasir, sisa kebun dan botol-botol serta sampah sarap yang berada di dalam longkang menyebabkan sistem perparitan tersumbat.
Kerja-kerja penyelenggaraan dan membaik pulih longkang-longkang yang tersumbat telah dibuat sebaik mungkin.
Kerjasama dan sikap prihatin masyarakat untuk bersama dengan MPKB-BRI bagi menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah ke dalam longkang dan sungai.