msen
  Soalan Lazim2 C Line2 Hubungi Kami2 C Line2 Aduan2 C Line2 Petalaman2 C  

Arkib Berita

LAMAN CAKNA PALESTIN IKON BAHARU KELANTAN

Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
LAMAN CAKNA PALESTIN IKON BAHARU KELANTAN
KOTA BHARU -Sempena sambutan Minggu Al-Quds Sedunia bermula esok, 25 Februari hingga 5 Mac 2022, Kerajaan Negeri Kelantan melalui Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) bersinergi dengan Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia (Cakna Palestin) menganjurkan Majlis Perasmian Laman Cakna Palestin di Jalan Dato’ Pati, hari ini.
Majlis perasmian tersebut disempurnakan Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob. Sementara itu, Presiden Cakna Palestin, Wan Mohd Sharafi Wan Mustafa berkata, idea mewujudkan Laman Cakna Palestin tercetus pada tahun 2014. Menurutnya, laman tersebut kini menjadi medan ikonik dan simbolik melalui ekspresi mural pada dinding seluas 6000 kaki persegi dan lantai dengan lukisan bermotif permaidani seluas 5800 kaki persegi hasil kreativiti Persatuan Seni Lukis Kelantan (PESENI) bersama Tangan Emas Studio dengan bantuan mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada akhir tahun 2015.
"Mural perintis yang bermula dari belakang bangunan Jalan Dato' Pati berkembang ke belakang Mutiara Corner dan lorong belakang Jalan Ismail ini adalah ketandaan solidariti yang berterusan dan tidak berbelah-bagi seluruh watan Kelantan terhadap sahabat seakidah kita di Palestin," katanya. Beliau berharap para imam turut mengambil bahagian meniup semangat jihad pembebasan Palestin sebagai apresiasi sambutan Minggu Al-Quds Sedunia menerusi khutbah Jumaat esok.
Minggu Al-Quds Sedunia bakal dirasmikan Wakil Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Tan Sri Dato' Seri Hadi Awang di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu. Manakala perasmian penutup bakal disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad di Putrajaya pada 5 Mac nanti.
1 2501
2 2501
3 2501
teksmpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: pentadbiran@mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcode Mpkbbri

Kaunter Pelawat

4.png2.png4.png8.png2.png
Today22
Yesterday28
This week163
This month321
Total42482

2024-10-12
Hak Cipta Terpelihara © 2016 - 2022 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Kemaskini Terakhir : Rabu, 09 Oktober 2024, 08:04:10.

Search