msen
  Soalan Lazim2 C Line2 Hubungi Kami2 C Line2 Aduan2 C Line2 Petalaman2 C  

Arkib Berita

MEREALISASIKAN ZON BERSIH INDAH CERIA BANDAR BARU KUBANG KERIAN

Kadar pengguna: 2 / 5

bintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
MEREALISASIKAN ZON BERSIH INDAH CERIA BANDAR BARU KUBANG KERIAN
25/02/2022
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sedang berusaha untuk meningkatkan aspek kebersihan, keindahan dan keceriaan dalam kawasan Bandar Baru Kubang Kerian MPKB BRI bertanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan awam dan menyediakan perkhidmatan perbandaran, pihak warga kota pula sebagai masyarakat setempat, pemilik-pemilik bangunan dan peniaga perlu turut bertanggungjawab untuk tidak membuang sampah sarap termasuk sisa basuhan, sisa kebun, sisa komersial dan sisa minyak kedalam longkang awam sesuka hati.
   Terdapat segelintir pemilik dan penyewa premis dikesan melakukan kesalahan membuat tambahan binaan tanpa izin seperti menutup bahagian atas longkang sehingga menyukarkan kerja pembersihan longkang untuk dilaksanakan dengan sempurna. Pihak MPKB-BRI akan mula mengambil tindakan tegas terhadap pemilik dan penyewa premis terutama peniaga premis makanan yang tidak menyediakan perangkap lemak dan membuang sisa berlemak terus kedalam longkang manakala bagi kesalahan binaan haram yang didapati menutup longkang awam akan dikenakan tindakan perobohan dan kompaun serta penggantungan lesen perniagaan. Tindakan tegas ini bertujuan memastikan Bandar Baru Kubang Kerian mencapai status Zon Bersih Indah Ceria selaras dengan dasar KelantanKu Bersih.
3 252 13 252 2
3 252 3
teksmpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: pentadbiran@mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcode Mpkbbri

Kaunter Pelawat

4.png3.png8.png6.png9.png
Today2
Yesterday35
This week67
This month93
Total43869

2024-12-04
Hak Cipta Terpelihara © 2016 - 2022 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Kemaskini Terakhir : Isnin, 02 Disember 2024, 10:30:12.

Search