msen
  Soalan Lazim2 C Line2 Hubungi Kami2 C Line2 Aduan2 C Line2 Petalaman2 C  

Arkib Berita

BANTUAN KEMANUSIAN MPKB-BRI KE LUBOK GONG, RANTAU PANJANG, KELANTAN

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
29 Rejab 1443H
03 Mac 2022 (Khamis)
BANTUAN KEMANUSIAN MPKB-BRI KE LUBOK GONG, RANTAU PANJANG, KELANTAN
Baru baru ini Pekan Rantau Panjang menerima musibah banjir telah memberi impak yg cukup besar untuk di harungi oleh mangsa mangsa yang terlibat. Rata-rata mangsa ini sebahagianya telah pun kembali ke rumah masing masing untuk mula menjalankan kerja-kerja mencuci, membersih dan membuang sisa-sisa akibat banjir tersebut. Manakala sebahagian lagi masih berada di Pusat Pemindahan Sementara(PPS). Banjir yang melanda pada kali ini jauh berbeza dari banjir yang menimpa 2014.
   Konvoi kemanusian ini telah dilepaskan oleh YBrs. Ustaz Nor Azariza Bin Mohd Alawi , Ketua Ahli Majlis, MPKB-BRI jam 3.45 petang di Depot Pejabat MPKB-BRI cawangan Panji menuju ke lokasi yang dikenal pasti terjejas teruk iaitu Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, Kelantan. Misi konvoi ini diketuai oleh YBrs Tn Hj Ropein Hasan, Pengarah Perkhidmatan Bandar MPKB-BRI mewakili pimpinan MPKB BRI menyampaikan sebahagian sumbangan kepada mangsa banjir dan sebahagian lagi diserahkan kepada wakil masjid Lubok Gong, Rantau Panjang untuk diagihkan. MPKB-BRI turut membawa jentera lori kompactor 3 unit, 2 unit lori roro dan 1 unit lori terbuka yang disumbangkan oleh syarikat SEE Enterprise bergerak dengan kekuatan 56 orang kakitangan bahagian kebersihan MPKB- BRI bagi membersihkan sisa sisa banjir yang di letakkan di tepi jalan dan memunggahkan sampah sarap dari Pusat Pemindahan .
   Penduduk sekitar juga melahirkan penghargaan dan ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada seluruh jentera MPKB-BRI yg sudi hadir menghulurkan bantuan berkenaan.
Kami di MPKB-BRI amat memahami kesulitan dan keresahan trauma akibat banjir. sememangnya, musibah banjir ini amat berat untuk ditanggung, namun diharapkan agar mangsa mangsa banjir ini bersabar dengan dugaan yang menimpa.
07031
07032
07033
teksmpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: btm (at) mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcode Mpkbbri

Kaunter Pelawat

3.png7.png6.png4.png7.png
Today14
Yesterday28
This week96
This month454
Total37647

2024-04-18
Hak Cipta Terpelihara © 2016 - 2022 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Kemaskini Terakhir : Khamis, 18 April 2024, 09:13:39.

Search