msen
  Soalan Lazim2 C Line2 Hubungi Kami2 C Line2 Aduan2 C Line2 Petalaman2 C  

Arkib Berita

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM TRANSFORMASI DIGITAL PASAR SITI KHADIJAH DI PERKARANGAN BESAR SITI KHADIJAH, KOTA BHARU, KELANTAN

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 
KOTA BHARU - 6 Mac 2022, Majlis Pelancaran Program Transformasi Digital Pasar Besar Siti Khadijah di Perkarangan Besar Siti Khadijah, Kota Bharu Kelantan. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Mustafa Mohamed, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi). Turut hadir ke pelancaran ini adalah YB. Dato' Hj. Hanifa Ahmad ( Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan), YB. Ustaz Azhar Salleh (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi), YB. Encik Hilmi Abdullah (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan & Kesihatan Negeri Kelantan), YBrs. Encik Fabian Bigar (Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital Corp), YABrs. Y.M Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf ( Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam), YBrs. Encik Adlis Khairil Sazli Mohd Zaini ( Ketua Pejabat Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu), dan YBrs. Encik Ahmad Nazri Che Omar (Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Bumiputera Pasar Besar Siti Khadijah).
   Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Dato' Seri Mustapa Mohamed berkata pembayaran tanpa tunai yang pertama kali diperkenalkan dalam kalangan peniaga pasar diharap dapat membiasakan para peniaga berurusan dengan pelanggan semasa menggunakan kemudahan digital.
"Kemunculan pelbagai varian COVID-19 turut menuntut para peniaga kecil dan sederhana (PKS) menukar strategi operasi perniagaan masing-masing supaya selamat dan terus berdaya saing," katanya ketika merasmikan Program Pembudayaan Pembayaran Norma Baharu Transformasi Digital Pasar Siti Khadijah, semalam. Oleh itu, beliau berharap program tersebut dapat memperkasakan pengguna kewangan di lokaliti yang berdaya maju dan transaksi penjual dan pembeli lebih selamat daripada jangkitan COVID-19 kerana tiada sentuhan fizikal sewaktu pembayaran dibuat.
   Sehubungan itu, Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Bumiputera Pasar Besar Siti Khadijah, Ahmad Nazri Che Omar berkata, pihaknya menyasarkan 400 daripada 1,300 ahli persatuan bakal melaksanakan transaksi urus niaga secara digital menerusi aplikasi kod QR bersama pelanggan. Beliau mewakili ahli persatuan dan pelanggan Pasar Siti Khadijah berterima kasih kepada Kerajaan Kelantan, Paynet, Kelantan Digital yang berkerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) Kuala Terengganu dan Bank Islam (M) Bhd Negeri Kelantan atas pelaksanaan sistem tersebut. Termasuklah, Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam (MPKB- BRI), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
2 03021
2 03022
2 03023
teksmpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: pentadbiran@mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcode Mpkbbri

Kaunter Pelawat

4.png3.png5.png3.png4.png
Today21
Yesterday31
This week119
This month521
Total43534

2024-11-21
Hak Cipta Terpelihara © 2016 - 2022 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Kemaskini Terakhir : Khamis, 21 November 2024, 12:12:14.

Search