Direktori / Pautan / Peta Laman / Daftar
MPKB-BRI DAN JAHEAIK MENJALANKAN OPS MENDIDIK KEPADA PENGUNJUNG DI DATARAN LEMBAH SIREH, KOTA BHARU
- Super User
- ARKIB BERITA
18 April 2022, Kota Bharu. Dua Belas (12) orang pengunjung yang berhasrat untuk berbuka puasa di Dataran Lembah Sireh telah diberi teguran dalam pemeriksaan terhadap lelaki dan wanita yang memakai pakaian tidak menutup aurat serta menjolok mata. Operasi bersama yang bermula pada pukul 5.30 petang itu melibatkan Tiga puluh (30) anggota dari Bahagian Penguatkuasa, MPKB-BRI dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) memfokuskan kawasan Sekitar Lembah Sireh, Kota Bharu.
Operasi bersepadu bersama dengan JAHEAIK tersebut dilaksanakan untuk mengesan kesalahan dibawah Seksyen 5(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan iaitu melakukan perbuatan tidak sopan di khalayak awam. Tindakan penguatkuasaan secara menasihat dan pengeluaran notis kepada individu yang melanggar undang-undang tersebut dibuat bertujuan mendidik masyarakat untuk memelihara syariat agama islam serta menjaga keharmonian dan kesejahteraan bandar Kota Bharu serta kesucian agama Islam terutamanya di bulan Ramadhan.