msen
  Soalan Lazim2 C Line2 Hubungi Kami2 C Line2 Aduan2 C Line2 Petalaman2 C  

Arkib Berita

MPKB-BRI LAKSANAKAN OPS BERSEPADU BERSAMA JKM DAN JAHEAIK DI SEKITAR BANDAR KOTA BHARU

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
23 April 2022, Kota Bharu. Sebelas (11) orang pengemis diselamatkan di kawasan Pasar Siti Khadijah dan sekitar depan Bank Kubang Kerian. Operasi yang bermula pada pukul 9.30 pagi itu melibatkan Tiga puluh (30) anggota dari Bahagian Penguatkuasa, MPKB-BRI, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan (JKM) serta Pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) memfokuskan kawasan Kota Bharu.
   Operasi bersepadu bersama pihak JKM dan JAHEAIK ini mensasarkan golongan pengemis yang tidak mematuhi Akta Orang Papa 1977 (Akta 183) iaitu melibatkan kesalahan mengemis ditempat awam. Tindakan menyelamatkan akan dikenakan jika berlaku kesalahan dan pengemis akan dihantar ke Intitusi kebajikan bagi penjagaan dan tindakan sewajarnya. Pihak JAHEAIK bertindak mengedar risalah berkaitan kewajiban menutup aurat dan berpakaian sopan di tempat awam kepada pengunjung, pekerja dan pemilik premis perniagaan. Operasi serentak ini dibuat ke atas pasaraya, premis perniagaan dan premis perbankan disekitar pusat bandar Kota Bharu, Bandar Baru Kubang Kerian dan Bandar Baru Tunjong.
   Tindakan penguatkuasaan ini dibuat selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan dibawah undang-undang kecil MPKB BRI, Akta dan enakmen yang dikuatkuasakan oleh JKM dan JAHEAIK demi memelihara keharmonian dan kesejahteraan bandar Kota Bharu serta kesucian agama islam di bulan Ramadhan.
2404 1
2404 2
2404 3
teksmpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: pentadbiran@mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcode Mpkbbri

Kaunter Pelawat

4.png2.png4.png2.png5.png
Today23
Yesterday25
This week106
This month264
Total42425

2024-10-10
Hak Cipta Terpelihara © 2016 - 2022 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Kemaskini Terakhir : Rabu, 09 Oktober 2024, 08:04:10.

Search