msen
  Soalan Lazim2 C Line2 Hubungi Kami2 C Line2 Aduan2 C Line2 Petalaman2 C  

Arkib Berita

MPKB-BRI MEMANTAU KELANCARAN DAN HALANGAN LALU LINTAS MELALUI KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV)

Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
26 April 2022, Kota Bharu. MPKB-BRI mula memantau lalu lintas dalam pusat bandar Kota Bharu melalui Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) bagi memastikan kelancaran aliran trafik, menambahbaik tahap kemudahsampaian serta penyuraian trafik yang effisien.

   Sebanyak 16 kamera litar tertutup CCTV sedia ada yg dipasang oleh KPKT dibawah Program Bandar Selamat digunakan untuk memantau aliran trafik di sekitar Pusat Bandar selain berfungsi untuk memantau keselamatan warga kota. Majlis mengambil langkah proaktif ini demi membantu tugasan agensi penguatkuasa PDRM dalam menangani isu kesesakan lalulintas. Berdasarkan pemantauan, kesalahan yang biasa dikesan yang menyebabkan gangguan lalulintas ialah tindakan pemandu yang membuat parking bertindan, kenderaan menunggu penumpang dilaluan dan meletakkan kenderaan secara menghalang lalulintas.

   Setakat hari ini keadaan lalulintas dalam pusat bandar masih lagi terkawal dengan jumlah aliran kenderaan memasuki pusat bandar menunjukkan peningkatan dalam masa seminggu kebelakangan ini. Adalah dijangkakan jumlah kenderaan memasuki pusat bandar akan mula meningkat dengan mendadak dan berlaku kesesakan mulai sabtu depan dengan jangkaan kepulangan lebih kurang sejuta kenderaan memasuki Kelantan dan mengunjungi pusat bandar untuk medapatkan keperluan hari raya. Dalam mengawal kelancaran lalulintas, Modus Operandi yang dilaksanakan ialah Petugas di bilik kawalan CCTV akan memaklumkan sebarang kesalahan halangan atau kesesakan lalulintas serta merta kepada anggota penguatkuasa yang meronda di lapangan yang seterusnya akan bertindak menyuraikan sebarang halangan lalulintas dengan kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh peraturan yang berkuatkuasa.

   Pihak Majlis ingin menasihatkan pemandu-pemandu agar mematuhi peraturan-peraturan berkaitan lalulintas yang berkuatkuasa terutama dalam hal meletakkan kenderaan dan menghalang lalulintas. Orang ramai juga dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya jika mempunyai urusan penting untuk memasuki pusat bandar. Pilihan jalan alternatif, masa, dan kenderaan yang sesuai untuk memasuki pusat bandar akan memastikan orang ramai tidak terperangkap dan membuang masa didalam kesesakan jalanraya.

   MPKB BRI juga memaklumkan bahawa tindakan mengunci tayar tidak akan dikenakan mulai 26/4/2022 sehingga 10/5/2022 ini, namun begitu tindakan kompaun atas kesalahan tidak membayar caj letak kereta masih dikuatkuasakan. Bahagian Penguatkuasaan MPKB BRI akan berterusan menjalankan tugas menguatkuasakan undang undang yang berkuatkuasa dalam kawasan pentadbiran MPKB BRI demi memastikan kesejahteraan dan keharmonian Bandar Kota Bharu.

27 01


27 02


27 03
teksmpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: pentadbiran@mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcode Mpkbbri

Kaunter Pelawat

4.png2.png4.png2.png5.png
Today23
Yesterday25
This week106
This month264
Total42425

2024-10-10
Hak Cipta Terpelihara © 2016 - 2022 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Kemaskini Terakhir : Rabu, 09 Oktober 2024, 08:04:10.

Search