Accessibility Tools

Skip to main content

MPKB-BRI DAN JAHEAIK MENJALANKAN OPS BERSEPADU DI SEKITAR BANDAR KOTA BHARU

14 Mei 2022, Kota Bharu. Satu (1) orang lelaki melayu berumur 50 an telah ditahan atas kesalahan meminum minuman keras di Jalan Pendek, Kota Bharu. Operasi bersama yang bermula pada pukul 5.00 petang itu melibatkan Dua Puluh Lima (25) anggota dari Bahagian Penguatkuasa, MPKB-BRI dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) memfokuskan kawasan Sekitar bandar Kota Bharu.
 
Operasi bersepadu bersama dengan JAHEAIK tersebut dilaksanakan untuk mengesan kesalahan dibawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 Negeri Kelantan iaitu melakukan perbuatan tidak sopan di khalayak awam. Tindakan penguatkuasaan tersebut dibuat bertujuan mendidik masyarakat untuk memelihara syariat agama islam serta menjaga keharmonian dan kesejahteraan bandar Kota Bharu serta kesucian agama Islam terutamanya di bulan Syawal yang mulia ini.


1605 2 1


1605 2 2
  • Hits: 745