msen
  Soalan Lazim2 C Line2 Hubungi Kami2 C Line2 Aduan2 C Line2 Petalaman2 C  

Arkib Berita

MPKB-BRI MENJALANKAN OPERASI IKLAN

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

15 Mei 2022 (Ahad), Kota Bharu. Bahagian Penguatkuasa bersama Jabatan Perlesenan MPKB-BRI telah menjalankan operasi menurunkan Iklan Ahlong dan Iklan tanpa lesen/tamat tempoh serta iklan yang mencacatkan pemandangan serta membahayakan keselamatan pengguna jalan raya di sekitar bandar Kota Bharu. 

  Operasi oleh Unit Rondaan Jabatan terlibat telah menurunkan sebanyak 391 keping Iklan Ahlong, 41 unit sepanduk tamat tempoh kelulusan dan 29 unit sepanduk tiada kelulusan Majlis. Unit Rondaan ini akan sentiasa memantau iklan-iklan yang ditampal dan digantung kiri kanan jalan terutama ditengah pembahagi jalan. Tindakan ini dilaksanakan bagi memastikan bandar Kota Bharu bebas dari iklan haram Ahlong serta pematuhan aktiviti pengiklanan selaras dengan Undang-undang kecil (UUK) Iklan MPKB 1990.

  Pembanterasan berterusan terhadap kegiatan iklan pinjaman wang tanpa lesen ini diharapkan dapat mengelakkan orang ramai daripada menjadi mangsa sindiket 'Ahlong' selain bertujuan memelihara dan memastikan bandar Kota Bharu sentiasa dalam keadaan bersih, harmoni dan sejahtera.

FB IMG 1652758084223


FB IMG 1652758095267


FB IMG 1652758244641

teksmpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: pentadbiran@mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcode Mpkbbri

Kaunter Pelawat

4.png2.png4.png2.png7.png
Today25
Yesterday25
This week108
This month266
Total42427

2024-10-10
Hak Cipta Terpelihara © 2016 - 2022 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Kemaskini Terakhir : Rabu, 09 Oktober 2024, 08:04:10.

Search