msen
  Soalan Lazim2 C Line2 Hubungi Kami2 C Line2 Aduan2 C Line2 Petalaman2 C  

Arkib Berita

OPERASI PEMERIKSAAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN DI KAWASAN MPKB-BRI

Kadar pengguna: 2 / 5

bintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
16 Ogos 2022, Selasa - Bahagian Penguatkuasaan MPKB BRI telah melaksanakan operasi pemeriksaan lesen premis perniagaan bagi bulan Ogos untuk semua aktiviti perniagaan di dalam kawasan pentadbiran MPKB-BRI.

Setakat dari 01 Ogos hingga 15 Ogos 2022 sebanyak 693 premis telah dilawati. Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 76 premis tidak memiliki lesen. 19 premis gagal pamer lesen manakala premis yang lesen sudah tamat tempoh sebanyak 34 premis. Premis perniagaan yang dilawati meliputi kawasan pentadbiran Kota Bharu, Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian.

Pemeriksaan bertujuan memastikan semua premis perniagaan memiliki lesen premis perniagaan dan lesen pengiklanan yang sah sebagaimana yang ditetapkan dibawah Undang Undang Kecil Iklan (Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam) 2019 dan Undang Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam) 2019.

Mana-mana premis yang tidak memiliki lesen premis tahunan yang sah akan dikenakan tindakan kompaun serta notis 14 hari bagi meremedi kesalahan. Sekiranya pemilik terus ingkar, tindakan sitaan akan dikenakan terhadap premis selain pendakwaan di mahkamah.

Tindakan ini dilaksanakan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa dalam kawasan pentadbiran Majlis, di samping memastikan kesejahteraan dan kemakmuran bandar Kota Bharu.

Operasi1
Operasi2
Operasi3
Operasi4
teksmpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: btm (at) mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcode Mpkbbri

Kaunter Pelawat

3.png7.png7.png9.png6.png
Today3
Yesterday26
This week54
This month603
Total37796

2024-04-24
Hak Cipta Terpelihara © 2016 - 2022 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Kemaskini Terakhir : Selasa, 23 April 2024, 03:29:56.

Search