MPKBBRI RAIH ANUGERAH 5 BINTANG SEMPENA AUDIT PENILAIAN SISTEM PENARAFAN BINTANG PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SPB-PBT) TAHUN 2022
12 Mac 2023 ~ MPKBBRI raih Anugerah 5 Bintang dengan markah 91.1% sempena Audit Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Tahun 2022.
Terdahulu telah berlangsung Majlis Penutup Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2023 di ICC, Ipoh Perak. Dirasmikan oleh YB. Tn. Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan yang turut dihadiri YBhg. Datuk M. Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan YBhg. Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jab. Kerajaan Tempatan serta barisan pihak pengurusan tertinggi PBT seluruh negara.
Alhamdulillah pencapaian 5 bintang diraih oleh hanya 2 daripada 12 PBT di seluruh Negeri Kelantan. Kejayaan ini merupakan kejayaan bersama seluruh warga MPKB BRI. Semoga kejayaan ini akan menjadi penanda aras dalam usaha berterusan demi menjadikan MPKB BRI salah satu PBT yang cemerlang di Kelantan khususnya dan Malaysia amnya.


- Hits: 179