Accessibility Tools

Skip to main content

MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI SEKTOR AWAM PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2024

03 Februari 2025, Isnin - Majlis Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan 2024 telah diadakan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darul Naim Kota Bharu Kelantan yang telah disempurnakan oleh YB Dato' Kaya Setia Dato' Nazran Bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

MPKB-BRI telah menghantar 4 kumpulan bagi penyertaan Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan.

Kategori Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISAK) Tahun 2024, MPKB-BRI mendapat Saguhati bagi projek I-Collect dari Bahagian Penguatkuasaan, My Ate dari Bahagian Kesihatan Awam dan Portable Bin dari Jabatan Perkhidmatan Bandar.

Kategori Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam (KIK Horizon Baharu) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024, MPKB-BRI memperolehi 4 bintang dengan membawa pulang Piala Iringan Sijil Penyertaan, Sijil Penghargaan dan wang tunai sebanyak RM2000.00 bagi projek Multi-Powerpack dari Bahagian Mekanikal, MPKB-BRI.

YBrs. Encik Mahzan Bin Che Mohamed, Setiausaha MPKB-BRI mewakili YABrs. Yang Dipertua MPKB-BRI bagi menerima Anugerah Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan.

Semoga pertandingan inovasi ini menjadi inspirasi dan platform untuk MPKB-BRI meraikan pencapaian inovasi yang lebih baik di masa akan datang serta menjadi dorongan untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga Kota Bharu.

#mpkbbri
#PBT
#hariinovasi2024
#inovasisektorawam

INOVASI32024

INOVASI12024

INOVASI22024

INOVASI42024

  • Last updated on .
  • Hits: 172