MAJLIS PENYERAHAN JENTERA PEMBERSIHAN JALAN (MINI ROAD SWEEPER-RHINO RD 160) OLEH SYARIKAT DUROMAC SDN BHD KEPADA MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM & MAJLIS DAERAH TUMPAT
Pada 05 Februari 2025 Rabu, telah diadakan Majlis Penyerahan Jentera pembersihan jalan atau Mini Road Sweeper RHINO RD 160 dari Syarikat Duromac Sdn. Bhd. kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Majlis Daerah Tumpat (MDT).
Majlis penyerahan kunci telah disempurnakan oleh YABrs Tuan Haji Azi Rahimee Bin Haji Mohamed, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam daripada Pengarah Urusan Syarikat Duromac Sdn. Bhd. iaitu Tuan Haji Mohamed Yasin manakala YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi Bin Zainal Abidin, Yang Dipertua Majlis Daerah Tumpat mewakili Majlis Daerah Tumpat (MDT) di perkarangan Pejabat Perkhidmatan Bandar MPKB-BRI, Panji, Kota Bharu.
Turut hadir ke majlis tersebut iaitu YBrs Encik Mahzan Bin Che Mohamed, Setiausaha MPKB-BRI dan YBrs Encik Fiesal Bin Abdullah, Setiausaha MDT, semua pengarah serta pegawai-pegawai MPKB-BRI.
Jentera tersebut akan dikendalikan oleh petugas-petugas MPKB-BRI dan MTD yang telah dilantik bertujuan untuk memberi lebih peningkatan serta penekanan terhadap kebersihan di setiap kawasan di bawah seliaan MPKB-BRI dan MTD khususnya di pusat bandar.
Jentera ini mempunyai banyak kelebihan di antaranya adalah amat sesuai untuk penggunaan kerja-kerja berat, dilengkapi dengan sistem hidraulik berprestasi tinggi, diciptakan khas sebagai salah satu jentera pembersihan yang mampu memberikan penyapuan yang sangat berkesan serta memberikan hasil yang terbaik.
Dengan kelebihan yang ada pada mini jentera ini, ianya dapat melakukan kerja-kerja pembersihan melalui lorong-lorong belakang.
Ayuh bersama kita cakna dalam menjaga kebersihan persekitaran, patuhi peraturan Majlis dan terapkan budaya menjaga kebersihan sebagai tanggungjawab bersama.
#KelantankuBersih
#JupoSampohKutipJangeTohokKoksey
#MiniRoadSweeperRhinoRd160
#IslamMembimbingRajaMemimpinNegeriDiberkati
#SemogaAllahMelindungiTuankuDuniaDanAkhirat





- Last updated on .
- Hits: 173